Friday, April 15, 2011

Menu Makanan Melayu Halal dan Sedap JM Bariani Restoran

English

Restoran Melayu JM Bariani House menghidangkan menu lazat termasuk nasi beriani & beriani gam yang dihidang bersama acar & dalca dan pelbagai menu halal resepi Melayu yang sedap saperti tauhu bakar, mee bandung, rojak petis. Minuman istimewa di Restoran JM Bariani House termasuk Air Sirap Bandung dan jus perahan dari pelbagai buah2an segar.

Jus Perahan Buah & Sirap Bandung

Minuman sejuk dari buahan segar amat diminati kerana terasa keaslian buah. Air mangga merupakan puree amat disukai di restoran JM Puchong ini. Air perahan buah termasuk Oren, apple, tembikai, mempelam dan carrot

Resepi Rojak Petis & Tauhu Bakar Dari Johor

Rojak Petis dan Tauhu Bakar dihidang sebagai 'starters', memberi kesegaran dari bahan sayuran dan sebagai pembuka selera.Kedua hidangan ini berkuah kacang.

Mee Bandung JM dipuji rasa nya yang enak. Terasa udang dalam kuah mee yang asalnya dari Negeri Johor. Kemestian bagi mereka yang selalu datang ke JM Bariani House.

Nasi Beriani Gam dan Nasi Beriani Resepi Dari Johor

Beriani Gam JM menggunakan beras Basmathi dan di masak bersama lauk supaya rasa daging tersimpan didalam nasi. Beriani Gam di hidang bersama telur & kentang masak beriani dan disediakan sambal untuk yang mahukan rasa cili bersama beriani. Nasi Beriani JM pula dimasak berasingan daripada lauk dan di hidang bersama acar dan dalca. Nasi beriani yang bukan gam ini yang terlaris, disukai oleh semua peringkat masyaraket termasuk pelawat2 asing. Tidak pedas tetapi lazat & sedap, sesuai untuk kanak2 yang tidak sukakan nasi putih.

Acar & Dalca Dari JM Bariani House

Acar dibuat dari buah plum, kurma, limau kasturi dan sos plum untuk memberi rasa masam, masin, manis dan sedikit pedas. Acar menciurkan dengan rasa nya tersendiri dan membuka selera. Dalca dimasak berencahkan terus, kacang dal dan kentang,berempah kari yang tidak menutup rasa beriani bila dimasukkan kedalam suapan.

Ayam Goreng Berempah JM Bariani House

Ayam goreng berempah JM dipotong besar (potong-empat) di goreng bersama rempah ratus tempatan. Tidak pedas dan memuaskan dengan rasa nya lembut di dalam dan garing berempah diluar. Di JM Bariani House Puchong, lauk Ayam Goreng Berempah ini antara yang amat disukai bersama nasi beriani atau sebagai ratahan begitu sahaja.

Ayam Masak Beriani dan Ayam Masak Merah JM Bariani House

Ayam Beriani rasanya seiring dengan nasi beriani, lembut dan tidak pedas. Ayam masak merah pula antara yang paling disukai di JM Bariani House Puchong. Ayam masak merah dimasak menggunakan herba asli dari kampung saperti serai, daun purut dan pelbagai ramuan lain.

Kambing Beriani dan Daging Beriani

Kambing beriani sememangnya di minati oleh kebanyakkan penggemar beriani. Kambing beriani merupakan 'lamb' yang ditapis kehamisan, di masak sehingga lembut. Rasa 'lamb' didalam dagingnya terserlah pada setiap kunyahan.
Daging masak beriani juga dimasak sehingga lembut dan tetap menyimpan air dagingnya yang menerjah keluar bila dikunyah.

JM Bariani House Puchong juga menjalankan katering ke rumah, pejabat atau di lokasi lain. Sila telefon jika ada pertanyaan lanjut.

JM Bariani House Puchong
G25 IOI Boulevard,
Jalan Kenari 6,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong, Selangor DarulEhsan,
tel: +603-80767269, 0122005681 (sms)
operasi 11.00pagi hingga 11.00malam setiap hari.




Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!